Monday, September 20, 2010

Persimpangan Jalan

Dear visitor:

Kadang kala perjalanan hidup boleh menjadi sangat menakutkan. Terutamanya bila kita berada di persimpangan jalan. Keliru dengan pilihan yang ada dan gentar dengan kesilapan yang mungkin berlaku.

Kita hanya inginkan kepastian, kepastian bahawa kesilapan tidak akan berlaku, kepastian yang segalanya akan berjalan baik dengan pilihan yang bakal kita buat.





Namun apa yang pasti adalah ketidakpastian itu sendiri. Kita hanya mampu merancang, namun hanya Tuhan sahaja yang boleh menentukannya. Kita hanya boleh membuat pilihan yang bagi kita adalah terbaik namun hasilnya tiada siapa yang boleh menduga.

Tabahkanlah hati wahai perantau sekalian. Perjalanan hidup hanya akan menjadi lebih mudah jika kita tabah dan redah dengan pilihan yang telah kita buat. Jangan sesekali menyesal dengan keputusan yang telah dibuat, kerana itu adalah pengajaran hidup yang amat berharga buat diri kita.

Jika tersilap jalan, baliklah ke pangkal jalan. Jika tersalah kawan, tinggalkanlah mereka. Jika terlupa daratan, carilah semula diri yang sebenar.

Kesilapan pasti akan berlaku, walaupun hanya sekali dalam seumur hidup. Namun apa yang penting adalah keazaman kita untuk berdiri dan bangkit semula, dan meneruskan saki baki perjalanan hidup yang ada.

Jangan gentar jangan risau, kerana anda tidak bersendirian, kerana aku juga sedang berada dalam persimpangan jalan hidup. Sama-samalah kita mencari jalan yang terbaik buat diri kita sendiri.

Until next mail, bye for now.

Yours truly:
daniel chiam from room8five


No comments:

Post a Comment

Do let us know if you like our work!

Instagram: @room8five