Lama dah kita tidak berbalas surat. Rasanya tulis menulis surat tu sudah menjadi 'things of the past'. Haha, walau macam mana pun, saya tetap happy dapat berkenalan dengan kawan macam yann melalui surat. So, nak update la sikit tentang kejadian Raya tahun ni :D
Raya tahun ni taklah semeriah raya-raya tahun yang sudah. Sedih juga hati ini bila mengenangkan kembali apa yang terlah berlaku. Dulu kalau nak beraya, kawan-kawan pasti ramai yang berkumpul, malah kami membuat rombongan untuk melawat dari rumah ke rumah kawan-kawan yang lain untuk beraya. Kadang-kadang tu 10 orang pun boleh sumbat dalam satu kereta, haha.
Time tu memang best, memang enjoy berabis. Jumlah rumah yang nak dilawat tidak pernah berkurangan malah semakin hari menjadi semakin too much to handle. Guarantee kenyang sangat-sangat time raya. Berat badan mesti naik!
Makanan tu taklah menjadi agenda utama bagi saya, tapi perasaan beraya bersama teman-teman itu yang paling saya look forward to. Kalau tiada rumah untuk dilawat pun tidak apa, janji dapat berkumpul bersama teman-teman lama. Time Raya sahajalah teman-teman lama yang telah lama terpisah dapat berkumpul semula, dan aku rindu dengan mereka semua.
Tahun ni, aku cuma melawat 2 buah rumah kawan sahaja, jumpa pun 2 atau 3 orang kawan lama sahaja. Ahad ni akan melawat rumah seorang kawan lagi. Harap-haraplah dapat terserempak dengan teman-teman lama yang lain.
Kalau di atas kertas kira-kira matematik, tahun ni dah jatuh 99% untuk masa yang diluangkan bersama teman-teman lama jika dibandingkan dengan tahun-tahun yang sudah. Sigh, sedih sangat-sangat.
Raya tahun ni, banyak masa yang diluangkan bersama kawan-kawan Davies. Percutian ke Simpang Mengayau, Tenom dan Mahua. Nak dikatakan enjoy, memang enjoy juga, tapi ni kan Raya. What I have in mind was totally different than what had happened.
Changes is the only unchangeable thing in the world. Perubahanlah satu-satunya benda yang akan kekal dan tak akan berubah. Hari ini dah tak sama lagi dengan hari kemarin, begitu juga besok yang pasti tak akan sama dengan hari ini.
Time di KL, sakit hati ini bila tak dapat pulang beraya dengan teman-teman. Bila dah di sini, hampah pula jadinya. Hati ini dah tawar dah. Never again would I have such expectation for a reunion. Lebih baik aku terus menjadi lone wolf. Hidup tanpa sebarang attachment, bebas dari segalanya.
Entahlah Yann, maybe I just have to accept the changes that happened. Tiada benda yang akan kekal selama-lamanya. Rasanya, selepas kejadian ini, aku dah tak ada apa-apa perasaan yang membuatkan aku harus terus kekal lagi di Keningau. Haha, sekarang ni dalam perancangan nak berhijrah ke tempat lain.
yann, kalau senang-senang tu email la aku ni. inbox4daniel@gmail.com. Facebook pun ada. Bukan aku kedekut kredit nak phone atau sms, tapi yann tahulah aku ni, gagap, always have no idea on what to say on the phone -_-
Oh ya, apa sudah jadi dengan yann dan Davies? Ceritalah sikit! Davies pun suruh tanya Yann. Adei kamu ni. Anyway, take good care of yourself. I really hope to hear from you soon Yann. God bless!
Until next mail, bye for now =)
Yours truly: